Monday, 28 November 2011

Contoh Keputusan Keseluruhan Murid Mengikut Konstruk

Disediakan setiap saringan. Memudahkan guru atau pemantau nk lihat penguasaan murid mengikut konstruk secara individu atau keseluruhan kelas sama ada lisan atau bertulis dengan lebih terperinci. Ini krn trcatat bilangan pengusaan soalan setiap murid bagi setiap konstruk. Guru juga boleh terus mengesan di mana kelemahan murid. Dihujung kolum tercatat sama ada murid di aliran perdana, linus atau linus tegar selepas saringan. Jadi guru x perlu nk semak satu persatu borang individu murid.

Antara isi kandungan Fail Murid Linus

Memudahkan guru untuk merujuk maklumat pencapaian murid linus dan juga peperiksaan dalaman.


Sunday, 27 November 2011

Laman utk Latihan Murid

Laman yang saya maksudkan ialah laman Interactive Remedial Courseware  Online P&P. Laman ini menyediakan banyak latihan interaktif ,kuiz dan lembaran kerja bahasa melayu dan matematik yang sesuai digunakan oleh murid LINUS, Pemulihan dan Prasekolah. Semua latihan interaktif adalah percuma dan boleh digunakan bila-bila masa. Selain itu latihan yang disediakan juga menarik dan mengikut tahap murid pemulihan. Laman ini disediakan oleh guru pemulihan khas En. MD Yusop Bin Mahmud. Selamat mencuba.

Saturday, 26 November 2011

Mengapa Murid Lemah dlm P&P

 
Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa murid-murid lemah dalam
pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada
kemahiran lisan, bacaan mahupun penulisan.
b) Lemah untuk mengubah alih pengetahuan kepada plebagai situasi
pembelajaran.
c) Lambat memastikan sesuatu perkataan sama ada dari segi sebutan
mahupun maknanya.
d) Lambat membentuk konsep.
e) Kerap kali lupa akan perkara-perkara yang telah diajar.
f) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran.
g) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
h) Suka bersendirian, mempunyai konsep yang negative
i) Selalu ponteng dan mempunyai masalah tingkah laku.
j) Pendiam, malu dan sukar untuk bertindak balas.

Menurut Jamilah Ahmad (1999), murid lemah diertikan sebagai seorang
murid yang gagal mencapai kemajuan pada tahap yang ditentukan
berbanding dengan murid-murid lain di dalam kelasnya. Tahap pencapaian
yang telah ditentukan oleh kurikulum ialah ketidakupayaan menguasai
kemahiran yang telah ditentukan sebagai proses pembelajaran. Tambahan
beliau, terdapat lima (5) ciri-ciri murid yang lemah. Antaranya ialah:
1. Aspek mental
a) Lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar sama ada kemahiran
lisan, bacaan atau penulisan.
b) Lemah atau lambat dalam mengubahsuai pengetahuan mengikut
bberbagai-bagai situasi pembelajaran.
c) Lambat memahami atau memastikan sesuatu perkataan atau
membentuk sesuatu konsep.
2. Aspek fizikal
a) Selalu lupa tentang sesuatu perkata yang telah diajar.
b) Lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran.
c) Cepat letih
3. Aspek sikap
Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti-aktiviti p&p.
4. Aspek sosial
Suka bersendirian dan mempunyai konsep kendiri negatif.
5. Aspek emosi
Mempunyai masalah tingkah laku, malu tidak ketahuan dan cepat
bosan.

Untuk Renungan

guru arkitek bangsa…..perancang dan pendidik insan supaya mereka berguna kepada diri, masyarakat dan negara.. Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya.A guru is one who is regarded as having great knowledge, wisdom, and authority in a certain area, and who uses it to guide others (teacher). Other forms of manifestation of this principle can include parents, school teachers, non-human objects (books) and even one's own intellectual discipline, if the aforementioned are in a guidance role.

 

10 perkara yang menyebabkan seorang guru menangis atau sekurang-kurangnya berasa ingin menangis….atau menangis dalam hatinya.

  1. Jika ia tidak dapat mengajar pelajarnya memahami atau mengerti apa yang diajarkannya.
  2. Jika ia menyaksikan pelajar-pelajarnya gagal dalam ujian, tidak lulus dalam mata pelajaran  yang diajarkannya. Kesedihan ini akan terasa begitu mendalam jika pelajar-pelajarnya gagal di dalam menghadapi “ujian kehidupan”.
  3. Jika ia melihat pelajarnya gagal dalam hidup dan kehidupannya.
  4. Jika guru itu tidak bisa membuat muridnya lebih baik daripada dirinya.
  5. Jikia ia tidak bisa membuat muridnya lebih pandai daripada dirinya.
  6. Jika ia tidak boleh mengajar para pelajarnya lemah lembut dalam bertutur kata, bersikap matang, arif dalam memilih, dan bijaksana dalam membuat keputusan.
  7. Jika ia melihat atau mendengar muridnya terlibat di dalam dunia hitam, seperti jenayah, penagihan dadah dan kesalahan lain seumpamanya.
  8. Jika ia melihat pelajarnya menjadi insan yang dijauhi masyarakat, seperti, penzina, curang, pecah amanah, terlibat dengan rasuah, terlibat dalam bidang maksiat seperti pelacuran dan seumpamanya.
  9. Jika ilmu yang diajarkannya hanya dihafal sekadar untuk lulus dalam peperiksaan tetapi tidak diaplikasikan dalam kehidupan nyata.
  10. Jika ilmu yang diajarkannya disalahgunakan, atau dengan kata lain, ilmu yang diajarkannya digunakan untuk tujuan kejahatan seperti menipu. merompak, menganiaya dan membunuh insan lain.

Mari Gerakkan Badan

Apa yg penting???? kerjasama........